Make your own free website on Tripod.com

KEINDAHAN FLORA DAN KEUNIKAN FAUNA

 

 

 

Keindahan alam ciptaan tuhan merupakan anugerah yang tidak ternilai dengan flora dan fauna yang berwarna-warni Selamat Melayarinya...

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.

 

 

NEXT